Sale!
set jeragat ADD

Set AAD

RM200.00 RM150.00

Product Description

Arnica Remedi Ajaib Pulihkan Jeragat

Ubat perubatan moden amat spesifik, jika untuk demam ubat utamanya ialah paracetamol. Walaupun nama berbeza seperti Panadol atau jenama lain bahan aktifnya ialah paracetamol. Perubatan alternatif seperti homeopati agak berbeza kerana 1 remedi biasanya untuk pelbagai masalah penyakit, ia bukan cerita khayalan tetapi hasil dari penemuan dan pengalaman para pengamal homeopati merawat pesakit. Remedi homeopati akan dicuba terus kepada manusia untuk melihat keberkesanannya kerana tidak ada satu pun remedi homeopati yang boleh membawa maut.

Arnica montana adalah remedi pelbagai guna homeopati yang digelar “remedi ajaib” oleh para pengamal homeopati diseluruh dunia. Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna dan di anggap remedi ajaib oleh ramai pengamal homeopathy. Arnica yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Pernah mengambil pil hormon kawal kelahiran (pil perancang)
  • Pernah menjalani pembedahan atau tercedera
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Walaupun homeopati dikelas bersama-sama perubatan tradisional tetapi remedi homeopati berbeza dengan ubat-ubat herba tradsional. Remedi homeopati diberi potensi atau kekuatan sesuatu remedi, biasanya akan dilabel sebagai 6, 30, 200 dan seterusnya. 200 dan ke atas bermakna dos tersebut lagi kecil kerana campurannya. Sebagai contoh mudah, 1 titis Arnica akan dicampur mengikut nisbah 1 Arnic : 50,000 air.

Sekiranya remedi tersebut akan tertera Q ini bermakna remedi tersebut ialah berbentuk ekstrak terus dari tumbuhan tersebut dan menyerupai ubat-ubat herba tradisional tetapi kaedah homeopati agak berbeza dan dikategorikan sebagai homeobotanical. Remedi seperti Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah remedi homeobotanical.

Bagaimana Homeopathy Biochemic Merawat Jeragat

Tidak hairanlah jika homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat bermula dari punca terjadinya jeragat iaitu  hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan biochemic sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.

Arnica Montana
Arnica Montana

Homeopathy biochemic juga mempunyai remedi profilaktik (prophylactic) atau remedi pencegahan untuk mencegah ketidakseimbangan hormon terjadi akibat dari pebagai sebab seperti berpunca dari pil perancang. Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan hanya remedi homeopathy biochemic sahaja yang mempunyai remedi profilaktik untuk mencegah jeragat.

Arnica 30 adalah remedi profilaktik yang sangat berkesan untuk menghalang jeragat dari terjadi dan menghapus jeragat selepas ia terjadi. Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan,wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis. Ini adalah penemuan saya yang terbaru dan berita baik bagi mereka yang mengalami jeragat.

Arnica amat terkenal dengan kehebatannya untuk melancarkan peredaran darah di tubuh. Jeragat yang terjadi berkemungkinan besar diakibatkan oleh pigment yang “tersekat” disaluran darah dan keluar ke kulit sebagai jeragat. Pigmentasi kehitaman ini mungkin akan bercampur dengan lemak dan tersumbat di dalam saluran darah.Arnica akan “mencuci” saluran tersumbat ini membantu melancarkan peredaran darah dan amat memeranjatkan terdapat maklum balas kesan jeragat pudar selepas 2 hari. Arnica di ambil di dalam bentuk wet dose bukan di dalam bentuk tablet manis.

Berikut ialah maklumbalas seorang pesakit yang mengguna Arnica 30 di dalam wet dose.

Tuan,

Hasil dari cadangan tuan saya telah mula mengambil Arnica 30 di dalam bentuk wet dose seperti cadangan puan untuk mengawal BP (blood pressure) dan BS (blood sugar) dan jeragat saya semenjak berhenti mengambil pil perancang sejak 6 bulan lepas. Saya juga sedang mengamalkan Sepia 200, Melasma free dan Fragaria (set SMF) untuk jeragat.

  1. Jeragat saya terjadi di bahagian atas pipi di kedua belah kiri dan kanan. Jeragat berwarna kecoklatan yang tidak sekata warnanya
  2. Saya mengalami jeragat sejak 2000, dan semakin teruk selepas berhenti mengambil pil perancang sejak 6 bulan lepas.
  3. Saya terbaca artikel-artikel tuan, mengenai jeragat dan menyedari jeragat terjadi akibat hormon tidak stabil yang menyebabkan melanin di keluarkan secara berlebihan
  4. Saya sudah menggguna produk pengelupasan, tetapi malangnya tidak mendapat kesan yang baik malah semakin menjadi teruk dan saya terus berhenti mengguna produk tersebut.
  5. Pelbagai produk saya telah mencuba dan hampir kecewa dengan semua kaedah perubatan atau rawatan yang ada.
  6. Setelah mengamal Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria (set SMF)saya masih tidak mendapat kesan jeragat pudar lebih 50%  (walaupun begitu terasa kenyakinan remedi homeopathy mula menunjukkan kesan yang positif)
  7. Puan mencadangkan mengambil Arnica 30 wet dose 4 kali sehari, 1 sudu besar sebelum makan bersama-sama Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop.
  8. Selepas 2 hari sewaktu sedang sibuk ingin “menampal” kesan jeragat dengan makeup untuk menghadiri satu mesyuarat penting, saya amat terperanjat apabila perasan jeragat saya telah pudar lebih 90% dan hampir tidak kelihatan. Saya hanya perlu mengguna makeup yang nipis sahaja.

Terima kasih tuan , saya amat bersyukur kerana gandingan Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop (tunera) dan Arnica 30 wet dose sangat-sangat berkesan untuk saya.

Tunera Diffusa Atau Damiana
Tunera Diffusa Atau Damiana

Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.

Sebagai langkah pencegahan atau profilaktik yang selanjutnya, perlindungan dari sinaran UV juga perlu diambil berat. Penggunaan krim anti UV sangat-sangat digalakkan untuk menghalang sinaran UV membina lapisan melanin yang baru. Krim untuk anti UV sekurang-kurang SPF30 sudah memadai untuk menghalang sinaran UV.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai Arnica wet dose sila hubungi saya.

Terlalu banyak manfaat Arnica terhadap tubuh dan dianggap sebagai remedi serbaguna dan menjadi remedi amat penting bagi setiap pengamal perubatan homeopathy. Arnica boleh disediakan di dalam bentuk tablet dan cecair. Remedi cecair dikatakan lebih cepat menyerap kedalam sistem tubuh. Cara pengambilan Arnica terdapat 2 kaedah iaitu dengan mencampur lebih kurang 10-15 titis remedi ke dalam sedikit air dan di minum.

 

Cara-Cara Menyediakan Wet Dose Arnica 30

 

Kaedah “wet dose” adalah penemuan terbaru yang mampu mengatasi jeragat degil. Wet dose perlu disediakan seperti berikut;

Dapatkan 1 botol air mineral 500ml, dan buang sedikit lebih kurang 3cm air tersebut. Titiskan 10 titis Arnica 30 dan goncang sebanyak 6 kali dengan kuat. Goncangan ini ialah teknik “homeopathic succussion” yang akan menambah kekuatan remedi tersebut. Goncangan yang kuat sebanyak 6 kali ini sebaik-baiknya dibuat setiap kali mengambil Arnica Wet DoseSelepas itu minum 1 penutup botol atau 1 sudu besar 3-6 kali sehari. Arnica Wet Dose boleh disimpan di dalam peti ais atau di dalam suhu bilik yang jauh dari sinaran matahari.

Cara-Cara Mengambil Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop

10-15 titis, dititis di dalam 1 sudu besar air mineral, di minum 2-3 kali sehari. Boleh berhenti mengambil sewaktu kitaran haid dan sambung selepas haid berakhir.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set AAD”

Your email address will not be published. Required fields are marked *